Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, December 5, 2012

Sihat dengan Makanan sehari-hari

Kesedaran akan hidup lebih sihat kini memang semakin menjadi budaya kebanyakan orang. Untuk hidup sihat selain fikiran jangan stres, pilihlah segala yang semula jadi dengan memakan makanan sihat berikut ini:


* Brokoli : Kandungan vitamin C nya dapat menyihatkan hati. Seratnya yang rendah kolesterol dan kandungan chromiumnya yang dapat mengatur tingkat gula dalam darah menjadikan brokoli sebagai makanan yang baik bagi pesakit diabetes. Brokoli dapat menghindarkan bisul dan katarak. Brokoli juga baik untuk mencegah penyakit paru-paru dan kanser payudara.
* Epal : Makanlah buah ini setiap hari kerana mengandungi vitamin A, C dan dapat menurunkan tingkat kolesterol serta mencegah tubuh dari terkena risiko kanser. Selain itu epal mengandungi zat yang dapat melawan bakteria dan virus. Dan ternyata bau epal hijau dapat menurunkan selera makan, demikian menurut satu kajian. Jadi, kenapa tidak anda mencium aroma epal hijau jika sedang menjalankan program penurunan berat badan!
* Limau : Kerana banyak mengandungi vitamin C, limau sangat mantap menangkis penyakit selesema. Manfaat lainnya, mencegah penyakit paru-paru, pankreas, kanser payudara. Potassium dan vitamin B yang juga dikandungnya, dapat mencegah serangan strok dan penyakit hati.
* Kacang-kacangan : Kacang-kacangan dapat mengurangi risiko perkembangan kanser prostat. Memakan (dalam ukuran) cawan sehari dapat menurunkan kadar kolesterol hingga 10%. Selain itu kacang dapat menyeimbangkan tingkat gula dalam darah dan mengatur fungsi usus besar.
* Lobak merah : Mengandungi beta karotin yang dapat melawan kanser, memperkuat sistem kekebalan tubuh dan melindungi arteri. Makan satu lobak merah setiap hari dapat mengurangi risiko terkena kanser paru-paru sampai 50%. Selain juga baik untuk kesihatan mata, lobak merah juga baik untuk mengurangi sembelit dan cirit-birit.

* Rumput laut : Banyak mengandungi iodin yang merupakan disinfektan dan kerap digunakan untuk mengatasi kanser tiroid. Kandungan kalsium, magnesium dan zat besi di dalamnya dapat memelihara kesihatan darah, tulang, otot dan fungsi saraf.
* Bawang putih : Adalah salah satu keluarga bawang yang terbaik dalam menangkis kanser, demikian menurut National Cancer Institute. Memakannya boleh membuat tubuh mampu melawan bakteria, kulat mahupun virus. Kandungan iodin di dalamnya menjadikan bawang putih dapat digunakan sebagai antibiotik semula jadi, seperti penisilin. Bawang putih juga menstimulasi sistem kekebalan tubuh, membantu tubuh menyingkirkan toksik, mengurangi kolesterol. Namun jangan terlalu banyak memakannya kerana boleh mendorong timbulnya demam dan cirit-birit.
* Bawang besar : Memakan - potong bawang besar sehari dapat mengurangi kolesterol dan mencegah penggumpalan darah, sehingga serangan jantung dan strok dapat dihindari. Makan bawang besar mentah dapat memperbaiki sistem pernafasan, baik bagi pesakit asma dan bronchitis yang kronik.





(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...