Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, November 19, 2012

Seri Muka


BAHAN A:
  • 3 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula
  • 1 camca tepung jagung
  • 5 camca tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau


BAHAN B:
  • 2 tin susu beras pulut
  • 3 tin susu santan cair
  • Sedikit garam

CARA MEMBUAT:
  1. Bersihkan beras pulut dan tos airnya. Larutkan garam dalam santan yang sebanyak 3 cawan.
  2. Masukkan pulut ke dalam loyang dan tuangkan santan tadi sampai rata separas pulut. Sediakan alat pengukus, dan kukus pulut ini sehingga masak.
  3. Sediakan bahan A, sementara tunggu pulut masak. Ayak kedua-dua jenis tepung. Kemudian masukkan ke dalam santan pekat. Kacau sehingga rata supaya tidak berbiji-biji. 
  4. Pukul telur dengan gula dan sedikit garam sehingga sebati. Setelah itu, tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata-rata hingga gula betul-betul larut. Titikkan sedikit pewarna hijau dan kacau lagi sehingga sebati.
  5. Setelah itu, tapis adunan tadi dan ketepikan. Apabila pulut tadi telah masak, angkat dari kukusan. Rata dan padatkan pulut itu dengan sehelai daun pisang.
  6. Setelah itu, kacaukan adunan santan tadi dan tuangkan di atasnya. Akhir sekali, kukus pulut semula sehingga cukup masak.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...