Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, November 20, 2012

Cucur Badak

BAHAN-BAHAN:

  • 600 gram keledek
  • 2 cawan tepung gandum 
  • Minyak secukupnya


BAHAN INTI:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 sudu besar udang kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/4 sudu teh jintan manis
  • 1/4 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh kunyit
  • Minyak masak
  • Garam
  • 2 cawan air


CARA MEMBUAT:

  1. Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
  3. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan toskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati.
  4. Ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...