Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, October 25, 2012

Nasi Tomato


BAHAN-BAHAN:
  • 5 cawan beras dicuci dan tos
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 4 biji tomato dihiris empat
  • 2 batang lobak merah dihiris halus (memanjang)
  • 5 batang cili merah dihiris halus (memanjang)
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras)
CARA MEMBUAT:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah dengan marjerin hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, taburkan hirisan lobak merah, cili merah dan kacang pis. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum digaul rata dengan nasi.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...