Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, September 12, 2012

Tip elak obesiti

Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu. Berikut dinyatakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kegemukan.


1. Catat setiap makanan yang dimakan setiap hari

Melalui kaedah ini, anda dapat mengawal makanan yang diambil setiap hari dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda perlu menulis nilai kalori makanan tersebut supaya tahu jumlah kalori yang diambil setiap hari sama ada mencukupi ataupun melebihi keperluan. Cara ini, kita akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang akan diambil setiap hari.

2. Pastikan kualiti makanan

Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab kepada masalah obesiti. Maka
nan yang telah diproses kebanyakannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain.

3. Membeli barangan makanan dengan lebih bijak

Baca label sebelum membeli sebarang makanan. Pastikan makanan yang dibeli adalah rendah kalori, kurang gula dan lemak. Pemilihan barangan makanan yang dibeli dapat mengawal gaya pemakanan.

4. Minum air putih secukupnya

Minum air putih secukupnya berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air putih, juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...