Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, September 10, 2012

Tip bawa anak keluar

1. Elakkan mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi

Jika anda mahu membeli belah ke tempat-tempat yang sesak dan berisiko tinggi, adalah lebih baik tinggalkan sahaja anak anda di rumah bersama pengasuh lebih selamat dan anda boleh siapkan urusan membeli belah dengan waktu yang singkat. Selain itu tempat yang sesak juga banyak penyebaran virus jadi ia boleh menyelamatkan anak anda daripada dijangkiti dengan virus dan sebagainya.


2. Berikan beg sandang untuk anak

Tujuan membawa beg sandang adalah supaya ibu bapa dapat menulis nama dan nombor telefon untuk disimpan di dalam beg anak anda. Ini memudahkan untuk pihak ketiga menghubungi anda jika berlaku sesuatu kepada anak anda.


3. Jangan memakaikan anak barang kemas

Memakaikan anak kecil dengan barang kemas, seolah-olah anda dengan sengaja mendedahkan anak kepada unsur jenayah. Jika anda sayangkan anak anda sesekali jangan dedahkan mereka dengan perkara ini walaupun itu hanya barang kemas tiruan.

4. Awasi anak semasa membeli belah

Antara ibu dan bapa perlu memainkan peranan masing-masing ketika membawa anak keluar rumah. Jika si ibu sibuk membeli belah si ayah perlu memantau pergerakan anak. Sudah menjadi tabiat kanak-kanak suka berjalan dan merayau. Jadi jangan sekali-kali mempercayai bahawa itu adalah kawasan selamat untuk mereka kerana sekelip mata sahaja, anak anda mungkin terdedah dengan bahaya.


(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...