Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Friday, September 14, 2012

Sihat dengan Oregano

Oregano merupakan salah satu tanaman yang dijadikan sebagai rempah, terutama pada masakan Itali.


Ia bukan sahaja memiliki aroma khas, namun di sebalik kegunaannya di dalam masakan, oregano juga menawarkan manfaat bagi kesihatan. Berikut adalah di antara manfaat yang boleh didapati daripada herba ini:
  • Walaupun cenderung memiliki rasa sedikit pahit, oregano merupakan sumber yang baik bagi pemenuhan zat besi dan vitamin A.
  • Mengambil oregano di dalam hidangan secara teratur dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Sebatian timol dan carcavol di dalam herba ini bermanfaat untuk membantu pencernaan dan mengubati gangguan perut.
  • Ketika menstruasi, mengunyah sedikit daun oregano segar dapat membantu menghilangkan sakit dan tegang pada perut dan pinggul.
  • Kandungan minyak dalam daun oregano segar mengandungi sifat antibakteria dan antivirus. Justeru, ia amat berguna untuk mengubati jangkitan kulit.
  • Oregano juga memiliki khasiat yang dapat menenangkan dan membantu tubuh ketika tidur.
  • Daun dengan aroma yang harum ini juga kaya dengan kandungan timol, yang berfungsi sebagai antiseptik kuat apabila digunakan sebagai ubat luar.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...