Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, September 16, 2012

Manggis halang sel kanser membiak

Kulit luarnya berwarna ungu kehitam-hitaman, seakan tidak menarik untuk dimakan. Namun, isinya lebih cantik berbanding kulitnya dan lebih enak daripada yang disangka. Manggis, buah-buahan bermusim yang terkenal segandingan dengan buah durian ini juga memiliki manfaat tersendiri, khususnya untuk kebaikan kesihatan.


Jika tidak, masakan kini semakin banyak produk-produk minuman dan makanan kesihatan yang menggunakan ekstrak buah ini sebagai bahan utama di dalamnya. Di dalam sebuah penyelidikan, manggis didapati memiliki bahan kimia semula jadi yang digelar xanthone, iaitu bahan yang sangat berkesan sebagai penguat sistem imunisasi tubuh.

Daripada pelbagai penyelidikan terhadap buah ini, kandungan xanthone didapati hanya terdapat di dalam buah manggis. Ia dikenal pasti efektif melawan pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, dan penyakit kronik lain seperti kanser payudara.

Manggis juga mengandungi polisakarida, iaitu sebatian tanaman yang berkesan sebagai antikanser dan antibakteria. Kedua-dua bahan sebatian ini membantu menghalang kemampuan sel untuk berkembang dan merosakkan sel-sel sihat, sekali gus membantu menghentikan penyebaran sel kanser.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...