Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, September 11, 2012

4 sikap lelaki ditakuti wanita

Wajah tampan tapi sukar mencari pasangan. Mengapa ya? Mungkinkah kerana terlalu kacak atau sikap lelaki itu sendiri yang menyebabkan wanita takut mendekati. Boleh jadi mereka mempunyai empat sikap ini:


1. Tidak berdikari

Lelaki sebegini memerlukan orang lain membantunya dalam segala sudut. Dia juga memerlukan orang yang lebih dewasa sebagai tempat curahan hatinya. Seharusnya seorang lelaki itu punya kepercayaan diri tinggi dan boleh berdiri atas kaki sendiri supaya dilihat luar biasa di mata wanita.







2. Egois

Kategori lelaki ini sangat dibenci oleh sebahagian besar wanita. Lelaki ini
cenderung akan merendahkan orang yang ada di sekelilingnya. Sudah tentu bersamanya, wanita akan selalu makan hati.






3. Tidak sopan

Lelaki ini mempunyai peri laku yang buruk. Tak mustahil walau sedang bersama pasangannya sendiri dia masih sempat menggoda wanita lain yang berada di sebelahnya. Dia bukan hanya tidak menghormati pasangan tapi juga merendahkan martabat wanita.

4. Kedekut

Setiap kali keluar biasanya lelaki seperti ini sukar mengeluarkan belanja. Bukan itu saja dia akan cukup berkira untuk perbelanjaan diri sendiri. Malah tak mustahil sanggup tumpang makan sepinggan dengan anda.






(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...