Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, August 29, 2012

Minyak badam kuatkan akar rambut


Kacang badam ternyata bukan hanya lazat dinikmati begitu sahaja, tetapi sering kali ia digandingkan di dalam hidangan seperti aiskrim atau adunan di dalam kuih mahupun kek.

Di dalam pelbagai kajian, kacang ini dikatakan mempunyai khasiat yang begitu banyak. Antara khasiat kacang badam ini adalah:

Membantu meningkatkan aliran darah
Kajian mendapati badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu dalam meningkatkan aliran darah. Rutin mengambil makanan ini juga boleh membantu kesihatan pada organ terutamanya hati anda.

Melangsingkan tubuh
Di dalam penyelidikan yang diterbitkan di International Journal of Obesity, mengambil segenggam kacang badam setiap hari, dan digandingkan bersama diet sihat, boleh membantu membakar lemak sebanyak 18%, jika dibandingkan dengan mereka yang hanya mengawal menu harian mereka.

Pelembap semula jadi
Minyak tulen yang dihasilkan daripada kacang badam merupakan pelembap semula jadi yang menjaga kulit daripada kekeringan. Minyak ini secara semulajadinya memberikan makanan dan mengembalikan sel kulit yang mati.

Penguat rambut
Minyak yang terkandung di dalam badam ini juga berkesan untuk mengubati masalah rambut terutamanya berkaitan dengan keguguran rambut. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sahabat pesakit jantung
Menerusi kajian yang dijalankan terhadap kacang yang biasanya menjadi teman hidangan seperti coklat ini dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12%.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

1 comments:

izyadbeauty said...

Bagus info ni.. tks for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...