Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Friday, August 24, 2012

BISKUT SEMPERIT




Tiap-tiap tahun, biskut semperit ni adalah biskut yang wajib dibuat. Resipi ni memang sedap...

BAHAN-BAHAN:
150 gm marjerin
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
80 gm tepung kastard
120 gm tepung gandum
1 biji kuning telur
Hirisan ceri merah/hijau

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Pukul marjerin dan gula aising sehingga menjadi krim.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, gaul dan uli sehingga menjadi doh sebati.
4. Terapkan di atas loyang yang telah leserkan dengan marjerin cair, hiaskan dengan ceri merah dan hijau.
5. Bakar pada suhu 150-180°C selama 25-30 minit. (hasil kuih 65 biji)

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...