Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, April 10, 2012

Udang Masala


BAHAN-BAHAN:
1.5 kg udang bersaiz besar
3 biji limau nipis
175 ml susu cair
8 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
2 tangkai cili hijau - potong tiga
2 tangkai cili merah - potong tiga
2 biji tomato - belah empat
Garam
Gula

BAHAN KISAR:
3 sudu besar serbuk rempah kari ikan
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan putih
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili hijau
3 tangkai daun pudina
3 tangkai daun ketumbar

BAHAN HIRIS:
2 cm halia
4 ulas bawang putih
10 biji bawang besar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak, goreng seketika udang yang telah dibersihkan supaya tidak kecut. Angkat dan tus.
2. Tumiskan bahan hiris sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Susu cair dicampurkan dengan jus limau nipis, jadikan tairu.
4. Apabila tumisan hampir garing dan naik minyak, masukkan tairu. Tumis lagi seketika.
5. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan cili hijau, cili merah dan tomato.

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...