Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, April 23, 2012

Sambal Goreng Paru



BAHAN-BAHAN:
1/2 kg paru - rebus dan hiris nipis
10 ulas bawang merah - kisar5 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai - kisar
1 inci halia - kisar
1/2 inci kunyit - kisar
10 tangkai cili merah
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan santan2 tangkai cili merah - hiris halus
1/2 cawan bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng paru sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula, garam, santan, paru dan kacau rata. Masak sehingga kering.
4. Masukkan pula hirisan cili merah dan bawang goreng, kacau rata, angkat dan hidangkan.

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...