Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, March 20, 2012

Nasi Goreng Cina


BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - ditumbuk
200 gm isi ayam - dipotong dadu kecil
1/2 cawan kecil sayuran campur - lobak merah, jagung, kacang pes
2 biji telur
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan merjerin dan minyak masak. Kemudian tumis isi ayam dahulu.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.

3. Selepas itu, masukkan cili merah dan cili hijau yang dihiris. Kacau hingga rata dan naik bau.

4. Masukkan sayur campur. Kemudian pecahkan telur, gaul lagi hingga sebati dan akhir sekali masukkan nasi putih dan garam secukup rasa.

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...