Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, March 29, 2012

Mufin Pisang


BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 cawan gula perang
1 sudu besar mentega kacang kasar
60 gm mentega cair
1/2 cawan pisang - dilenyek
1 biji telur
1/3 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayak tepung bersama serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan gula perang dan gaul rata.

2. Kacau mentega kacang, mentega cair, pisang dan telur hingga lembut. Masukkan susu dan kacau rata.

3. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata dengan cepat.

4. Sudukan ke dalam acuan mufin. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 20 minit.

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...