Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, March 19, 2012

Ayam Goreng Berempah


BAHAN-BAHAN:
400 gm ayam - dipotong saiz sederhana
2 ulas bawang merah
3 cm halia
5 cm kunyit hidup
3 batang serai
1/2 peket kecil rempah kari ayam
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula kisar bawang merah, halia, serai dan kunyit hidup.

2. Kemudian gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan rempah kari hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan garam dan perapkan bahan-bahan tadi dengan ayam selama satu jam.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap itu sehingga garing. Kemudian, angkat dan taburkan kerak-kerak rempah di atas hidangan tersebut.

(Sumber: Majalah Saji)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...