Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, February 19, 2012

Makaroni Bakar Istimewa


BAHAN-BAHAN:
500 gram makaroni - direbus
100 gram keju mozarela
100 gram keju parmesan
500 gram susu segar
300 gram krim putar
20 gram serbuk lada hitam
20 gram serbuk oregano
50 gram tepung gandum
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Rebus makaroni hingga lembut dan biarkan seketika.

2. Untuk membuat sosnya, masukkan susu segar, krim putar, tepung gandum, serbuk oregano, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa ke dalam kuali.

3. Kacau di atas api kecil sehingga adunan menjadi kembang dan masak.

4. Curahkan sos di atas makaroni tadi dan taburkan keju mozarela dan keju parmesan di atasnya.

5. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 10 minit. Setelah menjadi warna keperangan dan masak bolehlah dibawa keluar dari ketuhar dan dihidangkan.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...