Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, February 13, 2012

Kambing Panggang Air Asam


BAHAN-BAHAN:
1 kg kambing (lamb shoulder)
50 gram serbuk kunyit
30 gram serbuk lada hitam
50 gram garam dan lada sulah
30 gram serbuk cili
100 gram air asam jawa
3 ulas bawang kecil - dipotong dadu
5 tangkai cili padi - dihiris nipis
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
50 gram kicap lemak manis
20 gram daun ketumbar
Minyak jagung

CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan kambing dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti serbuk lada sulah, daun ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam.

3. Gaulkan kambing bersama dengan bahan-bahan di atas dan perap selama 20 minit. Bakar pada pemanggang hingga masak.

4. Untuk membuat kuah asam, satukan bahan-bahan yang dihiris ke dalam mangkuk. Masukkan perahan air limau kasturi, air asam jawa, kicap manis serta garam dan gula secukup rasa.

5. Kacau kesemua bahan tadi sehingga sebati. Bolehlah dihidangkan bersama daging kambing yang telah siap dibakar tadi.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...