Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, February 15, 2012

Daging Rusa Lada Hitam


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging rusa - dihiris
20 gram serbuk lada hitam
1 biji bawang besar - dihiris
50 gram sos tiram
50 gram lada benggala kuning - dihiris
50 gram lada benggala merah - dihiris
40 gram kicap masin
10 gram serbuk lada sulah
100 gram tepung jagung
200 gram minyak jagung
4 biji telur

CARA MEMBUATNYA:
1. Gaul daging rusa bersama tepung jagung, telur dan juga minyak jagung.

2. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga masak.

3. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan seperti bawang besar, lada benggala, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap masin dan lada sulah sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...