Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, January 9, 2012

Makan banyak telur Berisiko hidap kanser prostat


Hati-hati kepada golongan lelaki yang gemar menikmati hidangan telur setiap hari. Ini kerana, menurut penyelidikan, makan 3 biji telur dalam seminggu secara signifikan akan meningkatkan risiko dan membahayakan mereka terhadap kanser prostat.

Kesimpulan ini didapati melalui uji kaji yang mendapati bahawa lelaki yang mengambil lebih daripada 2.5 biji telur setiap minggu memiliki risiko 81% menghidap kanser prostat.

Kumpulan penyelidik di Harvard School of Public Health di Boston meneliti kebiasaan makan 27 ribu responden selama 14 tahun. Mereka tidak mendapati sebarang hubungan yang signifikan di antara jumlah daging yang dimakan dengan tumor, tetapi sebaliknya mereka mendapati jumlah kematian yang lebih tinggi akibat kanser dan di antara mereka diteliti banyak mengambil telur dalam hidangan mereka.

Penyelidik menyebut mendapati terdapat kerosakan yang mungkin dilakukan oleh sejumlah besar kolesterol atau kolin, iaitu nutrisi yang membantu sel berfungsi dengan baik yang didapati di dalam telur.

Walaupun begitu, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang pada prostat, iaitu kelenjar di dalam sistem reproduksi lelaki. Hal tersebut berlaku ketika sel prostat mengalami mutasi dan mulai berkembang di luar kendali. Kanser prostat dapat menimbulkan rasa sakit, kesulitan buang air kecil, disfungsi erektil dan gejala lainnya.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...