Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, December 8, 2011

Tip buat wanita sambung belajar selepas kahwin



MASA

Mungkin mudah untuk bercakap mengenai pengurusan masa, tetapi inilah antara satu-satunya perkara utama yang perlu dititik beratkan. Pastikan terlebih dahulu kesesuaian masa untuk meneruskan pelajaran dan bahagikan sebaik-baiknya untuk keluarga, kerjaya dan pelajaran. Insya-Allah, tempoh 24 jam masa yang ada mencukupi sekiranya bijak mengatur masa.


TANGGUNGJAWAB

Jika rasa mampu teruskan niat untuk belajar, pastikan tanggungjawab untuk keluarga tidak terabai berikutan terlalu banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan.



KESIHATAN

Untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik, apa yang penting adalah menjaga kesihatan. Pastikan tubuh badan sentiasa sihat agar segala tanggungjawab tidak terganggu.



MULTI-TASKING

Ini antara kemahiran yang perlu dipupuk dan dipelajari oleh kaum ibu. Latih diri melakukan kerja dengan cekap dan cepat. Jangan manjakan diri dan lambat melakukan pekerjaan kerana masa cukup terhad. Kalau tidak mampu, korbankanlah mana yang dirasakan tidak penting ketika itu (sama ada kerjaya atau belajar) sebelum keluarga yang terkorban.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...