Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, December 27, 2011

FAKTOR barah payu dara



OBESITI:

Bagi kebanyakan wanita yang melebihi berat badan, setiap kilogram boleh menyumbang 1% risiko barah payu dara. Gemuk atau obesiti meningkatkan hormon oestrogen dalam tubuh dan faktor barah payu dara.



Tidak mempunyai anak:

Kajian yang dilakukan di United Kingdom menunjukkan wanita yang mempunyai anak adalah kurang menghidapi barah payu dara. Seorang ibu yang berumur 22 tahun adalah 63% selamat daripada barah payu dara sebelum tiba menopaus. Ini berbeza dibandingkan wanita tidak mempunyai anak sehingga mencecah 30an.



Genetik:

Mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah menghidap barah payu dara. Kajian di United Kingdom menunjukkan pertalian darah di antara faktornya. Wanita yang ada genetik barah payu dara (BRCA1/BRCA2) adalah 85% berpotensi barah payu dara ketika berusia 55 tahun.



Merokok:

Merokok bukan sekadar membawa kepada barah paru-paru, barah kolon, sakit jantung dan barah-barah yang lainnya. Merokok juga menjadi potensi utama penyebab barah payu dara.



USIA:

Apabila usia semakin meningkat, risikonya semakin tinggi. Wanita yang berusia adalah berpotensi 80% menghidapi barah payu dara.



Alkohol:

Kajian penyakit barah di United Kingdom mendapati setiap gelas dan titisan alkohol yang diminum oleh wanita adalah 6% potensi barah payu dara. Apabila seseorang wanita itu meneguk alkohol lebih daripada sebotol sehari, dia mengundang sebanyak 50% potensi barah payu dara bagi dirinya.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...