Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, November 28, 2011

Mi Udang

BAHAN UNTUK DIKISAR:


4 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan





BAHAN-BAHAN:

400 gm mi kuning
500 gm udang segar sederhana besar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
1/2 sudu teh gula pasir
1 ketul tauhu (goreng dan potong empat segi sederhana nipis)
1/2 tangkai cili merah
1/2 biji limau kasturi
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Rebus udang terlebih dahulu. Kemudian tos airnya dan simpan seketika.
  2. Sementara itu, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Setelah naik baunya masukkan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan kuah sebati.
  5. Celur mi kuning. Angkat dan tos. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke dalamnya. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng, cili yang telah dihiris dan daun sup. Perahkan limau kasturi. Hidangkan.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...