Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, November 8, 2011

Mi rebus Johor

Bahan-bahan:
1 paket mi kuning (dicelur)
500 gram udang geragau (dikisar)
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang besar
2 batang serai (dititik)
1 cawan rempah kari daging
1 cawan gula
2 biji keledek (direbus dan ditumbuk halus)
1000 ml air

Cara membuat:
Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah kari dan serai sehingga naik bau.
Masukkan udang geragau yang dikisar sampai mendidih dan keluar minyak.
Kemudian, masukkan air dan keledek dan masak hingga mendidih.
Hidangkan bersama tauge, tauhu, limau nipis dan telur rebus.
Boleh juga ditaburkan kerepek jika suka.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...