Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Friday, November 11, 2011

Makaroni daging

Bahan-bahan:

1 paket makaroni
300 gram daging cincang
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu cili sos
2 sudu sos tomato
2 sudu lada hitam
2 sudu cili kering kisar
1 tin kecil kacang pis hijau
1 mangkuk kecil kubis (dihiris)
1 mangkuk kecil lobak merah (dihiris)

Cara membuat:
  1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak. Rebus sehingga lembut dan tos.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan daging cincang dan tunggu sehingga masak.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, lada hitam, sayur kubis dan juga lobak merah.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang pis dan makaroni. Gaul sebati sebelum diangkat.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...