Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, November 1, 2011

Kuih gulung

Bahan kulit kuih:

1 kg tepung gandum
2 biji telur
1700 ml air
Pewarna hijau

Cara membuatnya:
Masukkan tepung, telur dan air ke dalam satu bekas dan kacau. Setelah campuran tersebut sebati, titikkan sedikit pewarna hijau dan tapis. Dadar di atas kuali. Buat hingga adunan habis. Ketepikan.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Cara membuatnya:
Cairkan gula merah dan gula pasir di dalam periuk sehingga larut. Kemudian, campurkan kelapa parut dan masak sehingga inti menjadi kering sedikit. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, masukkan inti pada kulit kuih dan gulung. Sedia dihidangkan.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...