Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, November 20, 2011

KOMPUTER RIBA DAN KESANNYA PADA KESUBURAN LELAKI



Pening juga kepala bila memikirkan bagaimana kemajuan teknologi yang dicipta untuk keselesaan hidup dapat membawa kesan negatif pada diri kita. Misalnya tentang penggunaan komputer riba yang dikatakan dapat menjejaskan kesuburan lelaki. Para penyelidik dalam hasil kajiannya telah menyarankan agar lelaki muda menjauhkan komputer riba daripada pangkuan mereka kerana ia dikatakan dapat menjadi punca kemandulan lelaki. Ini kerana komputer riba yang beroperasi dengan suhu tinggi dalam peranti canggihnya boleh membuat skrotum panas. Pemanasan berlebihan inilah yang dikatakan boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.


"Naiknya suhu pada skrotum cukup untuk menyebabkan perubahan pada parameter sperma," tegas Dr Yefim Sheynkin, seorang pakar Urologi di State University of New York, di Stony Brook, Amerika Syarikat. Menurut Dr. Sheynkin, agak sukar untuk meramalkan berapa lama komputer riba dapat digunakan secara selamat, ini kerana suhu testikel akan naik tidak berapa lama setelah komputer riba dinyalakan. Kajian ini dimuat pada jurnal of Human Reproduction.

Sheynkin menyatakan bahawa lelaki dewasa dan remaja yang menggunakan komputer riba untuk jangka masa yang lama dalam sehari menghadapi risiko lebih besar. Beliau juga bimbang andainya penggunaan alat canggih ini tidak dikurangkan dalam masa 15-20 tahun akan datang, lelaki-lelaki bujang ini akan menghadapi masalah bila mereka sudah bersedia untuk membina keluarga kelak.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...