Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, October 20, 2011

Tetap cantik biarpun berkawat gigi


Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita mulai sedar bahawa kecantikan sebenar seseorang itu adalah pada senyumannya. Senyum yang manis akan menampilkan gigi yang rapi, sihat, putih dan bersih. Bagi wanita yang tidak berpeluang mempunyai gigi cantik berbaris, mereka sanggup menghabiskan wang beratus ringgit untuk memperbaiki kedudukan gigi masing-masing dengan menggunakan kaedah kawat gigi atau lebih dikenali sebagai 'braces'.

Namun bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, penggunaan kawat gigi ini mungkin membuat mereka terasa janggal atau malu untuk mengenakan mekap seperti biasa. Dan ada di antaranya yang cuba mengubah gaya mekap mereka untuk menyembunyikan penggunaan 'braces' ini.

Sebenarnya tidak perlu berasa malu atau berusaha menyembunyikan senyuman kerana kawat gigi. Anda juga tidak perlu mengubah gaya mekap hanya kerana masalah itu. Namun jika berhasrat mahu mengalihkan perhatian orang terhadap kawat gigi ini, anda boleh mengenakan mekap yang memfokuskan pada bahagian mata atau pipi dengan menggunakan warna lebih cerah seperti pink. Pakai maskara yang memberi efek bulu mata lebih panjang dan bervolume.

Manakala gincu pula pastikan anda menggunakan warna-warna lembut seperti pink dan cokelat muda (elakkan daripada memakai gincu warna terang bagi menghindari perhatian orang terhadap bibir anda).

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...