Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, October 19, 2011

Hapuskan lingkaran hitam di bawah mata

Jika mata anda terlalu penat atau kurang tidur, ia boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata. Keadaan ini secara tidak langsung akan mencacatkan sedikit penampilan atau mengurangkan seri wajah anda. Ramai wanita bimbang jika ini berlaku. Jika anda mengalaminya, jangan biarkan ia berterusan. Gunakan krim mata yang terdapat banyak di pasaran dalam pelbagai jenama.


Sapukan krim itu di bawah mata setelah anda membersihkan wajah. Kemudian urut bahagian bawah mata secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Jangan sampai krim itu terkena mata. Istirahat yang mencukupi boleh membantu anda memulihkan semula kesegaran mata atau sekurang-kurangnya boleh mengurangkan lingkaran hitam itu.

Sebaik-baiknya elakkan diri anda menonton tv atau membaca sehingga larut malam. Rehatkanlah mata anda kerana kesihatan mata akan memancarkan kejelitaan sebenar seorang wanita.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...