Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, October 13, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 16
125 ml kicap manis
1 sudu besar rempah daging
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam




Cara membuatnya:
  1. Masukkan rempah daging dan gaul sebati bersama ayam. Kemudian, masukkan kicap, rempah dan serbuk cili.
  2. Campurkan sedikit garam dan gula.
  3. Gaul sebati bahan-bahan tadi dan perap selama 30 minit hingga 1 jam agar bahan-bahan tadi sebati dengan ayam.
  4. Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak dan berwarna kuning keemasan.
Tip:
  • Untuk rasa dan bau yang lebih enak, anda boleh goreng ayam bersama beberapa helai daun kari.
  • Serai dan halia yang telah dikisar juga boleh ditambahkan sebagai bahan perap.
  • Selain gula, boleh juga digantikan dengan madu.
  • Jika tidak mahu menggunakan kicap manis, boleh juga menggunakan kicap masin, tetapi tambahkan kandungan madu. Ia digunakan untuk menghilangkan rasa pahit serai.
  • Selain teknik menggoreng, sesuai juga dibakar atau dipanggang.
  • Sesuai dihidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...