Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, October 18, 2011

APA LELAKI BUAT, apa wanita fikirkan


1. MEMUTUSKAN TALIAN TELEFON WAKTU BERBICARA


Pandangan lelaki - Ia sesuatu yang biasa kerana orang lelaki biasanya tidak suka bercakap sesuatu yang remeh temeh. Bagi mereka, bercakap mestilah rasional beserta fakta.

Pandangan wanita - Anda seorang lelaki yang membosankan dan tidak bijak dari aspek komunikasi.

Apa harus lelaki lakukan - Berbicaralah dengannya dari hati ke hati. Nyatakan kebenaran kerana komunikasi adalah faktor utama dalam mengeratkan sebuah perhubungan. Sebenarnya tidak salah untuk seorang wanita berbicara tetapi katakan perkara yang penting sahaja dan bukan isu yang remeh temeh.



2. BERHUBUNG DENGAN BEKAS KEKASIH



Pandangan lelaki - Perkara sudah berlalu dan tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi. Malah lelaki juga mungkin menganggap wanita itu sebagai kawan biasa sahaja.

Pandangan wanita - Lelaki tersebut cuba berlaku curang kepadanya dengan menghubungi kekasih lama dan ia satu perbuatan yang sukar dimaafkan. Bagi wanita, lelaki harus bersikap jujur, memberi sepenuh tumpuan kepada dirinya dan tiada perkongsian. Sekali lelaki menghubungi bekas kekasih, itu memberi petanda lelaki tersebut bukan lelaki yang setia.

Apa harus lelaki lakukan - Biar banyak mana pun memori anda dengan bekas kekasih ia bukan suatu perkara yang perlu anda ingati lagi, sebalikny
a beri tumpuan kepada pasangan anda sekarang. Mengenang nostalgia adalah saat manis bagi semua orang dan anda mungkin tidak terkecuali. Namun bila anda telah memilih si dia, usah menoleh ke belakang lagi. Pandang ke hadapan dan bina saat bahagia bersamanya.


3. BERBUAL DENGAN RAKAN WANITA

Pandangan lelaki - Tiada salahnya, ia perkara biasa kerana lelaki memerlukan teman untuk berbual-bual. Perbualan lelaki mungkin tidak menjurus kepada perasaan kerana dia hanya sekadar kawan.

Pandangan wanita - Kawan atau apa saja tanggapan lelaki, ia tetap mendatangkan cemburu di hati wanita. Bagi wanita, mula-mula kawan tetapi akhirnya menjadi kekasih dan itulah yang kerap terjadi. Bagi wanita juga, lebih baik dicegah dari berlanjutan.

Apa harus lelaki lakukan - Sesuatu yang harus difahami, wanita memang terkenal dengan sikap cemburu. Berkongsi pasangan adalah satu perkara atau perbuatan yang tidak boleh diterima akal fikiran wanita. Jadi berhati-hatilah kerana hati yang terluka susah untuk dirawat.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...