Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, September 28, 2011

PAJERI NANAS

BAHAN-BAHAN:
5 potong nanas - dipotong
2 batang terung - dipotong
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar kerisik
1 inci halia - dihiris nipis
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
Sedikit bunga cengkih dan kulit kayu manis, buah pelaga
Minyak
Gula
Garam
Serbuk perasa

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan-bahan dihiris sampai terbit minyak.
  2. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, serbuk kunyit, kerisik, bunga cengkih dan kulit kayu manis, buah pelaga dan kacau rata.
  3. Selepas seketika masukkan nanas, terung, gula, garam, serbuk perasa lalu dikacau hingga masak.
  4. Angkat dan hidangkan.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...