Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, September 12, 2011

Makan jagung BILA BERDIET


Kebanyakan hidangan seperti nasi goreng banyak menggunakan jagung sebagai bahan penambah keenakan sajian. Ada juga yang menggunakan jagung sebagai bahan campuran di dalam sup.

Apa jua sajian yang berkaitan jagung sebenarnya sajian sihat untuk seisi keluarga, lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang sedang membesar kerana ia kaya dengan nutrisi yang memberi manfaat terhadap tubuh kita. Ia merupakan sumber vitamin B1 yang berperanan dalam proses metabolisme karbohidrat.

Kandungan vitamin B5 yang terdapat di dalam jagung juga membantu fungsi fisiologi manakala folat pula membantu melindungi diri dari serangan pelbagai jenis penyakit. Bagi yang sedang berdiet, jagung merupakan antara makanan yang tepat untuk disenaraikan di dalam menu anda.

Selain vitamin B1, B5 dan folat, jagung juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengatasi masalah seperti sembelit. Selain itu, jagung mampu membantu menurunkan kadar kolesterol tubuh sekali gus membantu menurunkan risiko kanser usus. Bagi penghidap diabetes, jagung boleh diamalkan kerana ia mampu
menurunkan kadar gula di dalam tubuh.

Asid folat dalam jagung diketahui dapat mencegah kecacatan pada saraf pada bayi ketika dilahirkan. Para pakar juga menyarankan penghidap anemia agar membanyakkan memakan jagung.

Jadi, tunggu apa lagi. Amalkan memakan jagung mulai hari ini. Bagi mengelakkan bosan, cuba pelbagai jenis hidangan jagung dan pastikan cara penyediaannya juga menyihatkan agar dapat mengekalkan khasiat yang terdapat di dalamnya.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...