Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, September 19, 2011

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

Seketul kepala ikan
2 sudu rempah kari ikan
4 batang bendi
1/2 kg santan
1/2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
4 helai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
Halba campur
Sedikit minyak masak



CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sampai naik bau.
  2. Masukkan daun kari dan halba campur.
  3. Tumiskan seketika lalu masukkan air asam jawa dan rempah kari. Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan santan serta sedikit air.
  4. Kemudian, masukkan kepala ikan dan bendi. Tunggu sampai kuah mendidih kemudian masukkan garam.
  5. Apabila kepala ikan telah masak sepenuhnya boleh diangkat dan hidang dengan nasi panas.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...