Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, September 21, 2011

ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:

3 potong ikan pari
4 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai
4 helai daun kesum
6 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
Sedikit serbuk jintan manis dan jintan putih
Sedikit minyak
Air asam jawa
Serbuk perasa

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak lalu tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan halia, serbuk jintan, serai, daun kesum lalu dikacau.
  3. Tambahkan air asam jawa dan biar hingga mendidih.
  4. Selepas itu masukkan ikan pari dan bendi.
  5. Kemudian masukkan serbuk perasa, tunggu sehingga masak dan hidangkan.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...