Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, August 2, 2011

TIP DIET UNTUK WANITA lepas bersalin


Kenaikan berat badan yang mendadak setelah bersalin merupakan satu perkara yang normal. Namun ia menjadi perkara yang paling digeruni oleh wanita yang pastinya mereka mahu bentuk tubuh ideal selepas melahirkan anak.
Berikut beberapa tip sederhana yang mungkin boleh membantu anda:
  • Susui bayi dengan teratur kerana hal ini dapat mempercepat proses penyusutan rahim, ditambah lagi jika anda bersedia memberikan susu di malam hari.
  • Mengurus bayi sendiri dan elakkan daripada memberikan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.
  • Atur kembali pola pemakanan anda. Makan mengikut jadual iaitu makan tepat pada waktunya, sebanyak tiga kali sehari.
  • Lakukan senaman ringan dengan melakukan gerakan menaikkan kedua belah kaki perlahan-lahan setinggi 45 darjah, tahan sehingga bilangan ketiga, dan turunkan kaki perlahan-lahan. Amalkan gerakan ini selama 10 minit sebanyak tiga kali sehari. Gerakan ini akan mengencangkan kembali otot perut dan rahim anda.
  • Lakukan olahraga teratur berlari ritmik, 15 bilangan berlari, 15 bilangan berjalan dan diulang kembali berlari selama 20 minit sehari. Kalori yang dibakar jauh lebih banyak berbanding berlari selama 30 minit.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...