Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, August 3, 2011

RAJIN-RAJINLAH naik tangga


Menurut Colin Boreham, Profesor dari Universiti College Dublin, menaiki tangga mampu menjaga kesihatan dan membuat tubuh lebih cergas dan segar. Hal ini dirumuskan menerusi sebuah kajian menganalisis manfaat gerakan menaiki tangga sebanyak 1 - 2 kali sehari setiap hari.

Kunci sihat daripada aktiviti menaiki tangga adalah aktiviti ini mudah secara sambilan di samping kegiatan sehari-hari sama ada di selang-seli kegiatan berat mahupun ringan. Selain itu, menaiki tangga juga tidak memerlukan alat tambahan dan ia dapat dilakukan bila-bila masa sahaja. Oleh itu, janganlah berasa malas ataupun malu untuk melakukannya.

Dalam kajian yang dilakukan, sebanyak lapan orang responden wanita diminta menjalani program selama lapan minggu dengan menaiki sebanyak 199 anak tangga dua kali sehari, selama lima hari seminggu. Mereka juga diminta dapat menaiki 90 anak tangga dalam masa seminit.

Hasilnya menunjukkan, kecergasan dan kesegaran para responden meningkat sebanyak 17 peratus dan kadar kolesterol LDL nya berkurang sehingga 8 peratus. Di akhir ujian, para responden mula terbiasa dengan aktiviti menaiki tangga sebanyak lima kali sehari dan aktiviti tersebut sebenarnya setanding dengan latihan berat selama 10 minit.

Menurut Dr. Boreham lagi, kadar intensitinya yang tinggi membuatkan setiap responden dapat menyesuaikan diri dengan menaiki tangga dengan kegiatan sehari-hari.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...