Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, August 22, 2011

NASI DAGING AIR ASAM

BAHAN A:

1 kg beras
500 gm daging
100 gm rempah kurma
500 ml susu cair
500 ml minyak sapi
3 helai daun pandan
1.5 liter air
Garam secukup rasa


BAHAN B:
100 gm bawang merah
3 cm halia
50 gm bawang putih
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN UNTUK AIR ASAM:
100 gm tomato - dihiris
5 tangkai cili padi - dihiris
4 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu kerisik
Sedikit belacan bakar
Sedikit air asam jawa
Jus limau nipis secukupnya

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B.
  2. Masukkan rempah kurma dan masak hingga wangi.
  3. Masukkan daging, air, susu, daun pandan lalu kacau hingga sebati.
  4. Apabila mendidih, masukkan beras. Perlahankan api lalu biarkan ia masak hingga nasi kuning.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
CARA MEMBUAT AIR ASAM:
  1. Masukkan ke semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Hidangkan bersama nasi daging yang siap dimasak tadi.
(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...