Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, August 4, 2011

HUJUNG GINCU UNGKAP PERSONALITI


TIDAK hanya warna gincu yang menggambarkan personaliti pemakainya, namun bentuk hujung gincu juga dikatakan mampu mengungkap personaliti wanita yang menggunakannya.

Tirus Tajam

Hujung gincu yang berbentuk tirus dan tajam menggambarkan penggunanya adalah seorang wanita yang berani, lincah, agresif, cintakan kebebasan dan tidak suka dikongkong. Mereka juga berani menyahut cabaran dan suka mencuba sesuatu yang baru. Namun, sikap yang terlalu berani ada kalanya membuatkan individu di sekeliling mereka berasa meluat. Justeru, berpada-padalah dengan setiap kelakuan anda.

Rata

Jika bentuk hujung gincu kelihatan rata dan mendatar, ia menunjukkan penggunanya merupakan seorang wanita yang tenang dan low profile. Namun begitu, mereka sering dilabelkan sebagai individu yang kaku, terhegeh-hegeh dan lembap oleh masyarakat sekeliling.

Bujur

Wanita ideal yang menjadi buruan ramai lelaki, itu gambaran bagi wanita yang mempunyai hujung gincu berbentuk bujur. Tidak kurang juga yang menyatakan mereka wanita seksi yang sentiasa ceria, positif dan memiliki ramai sahabat.

Condong & Tajam

Bentuk hujung gincu yang tajam dan condong menunjukkan pemiliknya seorang yang terlalu berhati-hati dan cerewet. Mereka lebih gemar melakukan hal sendiri dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Malah mereka tidak gemar bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman.

Melengkung Ke Dalam

Wanita yang memiliki gincu yang melengkung ke dalam dikatakan seorang yang tidak sabar, rakus dan gelojoh. Selain bersikap terburu-buru, mereka juga becok, suka bergosip dan memiliki sikap iri hati serta tidak senang melihat individu lain melebihi diri mereka. Mereka sanggup melalukan apa sahaja hatta menggunakan cara kotor sekalipun asalkan mereka berjaya peroleh apa yang dihajati.

(Sumber: Majalah Harmoni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...