Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, August 16, 2011

GULAI IKAN SAWAH

BAHAN-BAHAN:


2 ekor ikan haruan
5 ekor ikan puyu
2 ekor ikan keli
200 gm serbuk kari ikan
150 gm bawang merah - dikisar
100 gm bawang putih - dikisar
300 ml santan
1 kuntum bunga kantan
100 gm bendi
100 gm tomato
100 gm timun
Sedikit daun kesum
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar bersama daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan air asam jawa dan santan. Kacau hingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, masukkan ikan, bendi, tomato dan timun.
  5. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...