Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Saturday, August 27, 2011

Ayam Dara Hitam Manis

Bahan-bahan:

500 gm ayam dara
20 gm sos tiram
20 gm sos cili
10 gm cili boh
50 ml kicap manis
2 tangkai cili hijau - dipotong empat
2 tangkai cili merah - dipotong empat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 batang serai
1 biji tomato

Cara membuat:
  1. Goreng ayam dara yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau hingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis serta sedikit garam dan gula. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan.

(Sumber: Majalah Harmoni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...