Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Saturday, July 30, 2011

Warna Gincu & Personaliti Wanita

TAHUKAH anda gincu mampu mengungkapkan personaliti pemakainya. Dikatakan bahawa menerusi warna gincu yang digayakan, perilaku seseorang wanita mampu diketahui oleh individu-individu di sekelilingnya.

Benarkah? Baca informasi berikut dan nilaikan sendiri sama ada gincu yang anda kenakan bertepatan dengan personaliti anda.

Merah

Wanita penggemar gincu rona merah menyala adalah wanita berani dan berkeyakinan tinggi. Mereka suka menarik perhatian dan suka menjadi tumpuan masyarakat namun tidak suka dipandang rendah atau dipertikai kemampuannya oleh orang lain. Jadi, jangan cuba main-main dengan mereka kerana buruk akibatnya nanti. Biarpun begitu, mereka sebenarnya baik hati.

Oren

Penggemar gincu oren, merupakan seorang wanita yang berdedikasi terhadap kerjaya atau pelajaran mereka. Walaupun kelihatan lemah lembut, mereka bersifat keras hati hingga ada kalanya sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Ungu

Wanita yang menyukai gincu berona ungu memiliki stail tersendiri. Mereka berpendirian teguh, berpegang kuat pada prinsip dan tidak gentar dengan orang lain. Pendek kata, mereka seorang yang berani, tegas dan berkeyakinan tinggi. Mereka tidak mempedulikan tanggapan orang lain jika yakin diri berada di pihak yang benar.

Coklat

Gincu berona coklat menjadi pilihan wanita yang tidak suka menonjolkan diri dari segi imej dan penampilan. Bagi wanita ini, bukan penampilan menjadi keutamaan sebaliknya bakat dan diri adalah perkara yang lebih penting. Selain mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi, mereka juga individu yang setia dan boleh dipercayai.

Merah Jambu

Sesuai untuk semua jenis kulit, gincu berona merah jambu berupaya menaikkan pesona dan memberi kesan seksi kepada wanita yang mengenakannya. Wanita penggemar gincu merah jambu dipercayai bersifat romantis dan penyayang. Selain itu, mereka juga tidak suka menimbulkan masalah atau mencari masalah dengan orang lain. Walaupun bersifat agak tenang dan bersahaja dari segi luaran, mereka sebenarnya agak sensitif orangnya.

Pelembap Bibir Tanpa Warna

Pelembap bibir tanpa warna sering menjadi pilihan wanita yang ingin tampil secara semula jadi. Mereka seorang yang ringkas serta sukakan kehidupan yang selesa dan aman damai.

(Sumber: Majalah Harmoni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...