Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Saturday, July 9, 2011

Terung Atasi Rasa Gugup

DIGELAR sebagai si epal cinta atau apple of love oleh masyarakat Eropah, terung merupakan tumbuhan asli dari India dan Sri Lanka yang cukup berkesan dalam mengatasi rasa gugup. Dipercayai perasaan gementar yang dialami oleh individu akan berkurangan dengan pengambilan menu berasas terung kerana kandungan striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon di dalamnya. Bukan sahaja rasa gugup, terung turut efektif dalam mencegah serangan sawan dan kekejangan saraf.

Terung turut berupaya mengurangi risiko kanser. Ia juga mampu mengatasi masalah mati mengejut di kalangan individu dengan fungsinya yang mampu meneutralkan kerosakan pembuluh darah arteri. Peneutralan tersebut membantu mengatasi masalah arterosklerosis yang menyebabkan timbunan lemak dan kolesterol dalam darah yang membawa kepada penyakit jantung dan mati mengejut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...