Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, July 3, 2011

SUP IKAN BERHALIA

  • Saiz hidangan untuk 5 orang

BAHAN-BAHAN:

250 gram isi ikan
1 liter air rebusan ikan dori atau ikan merah
6 biji bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
2 cm halia
2 gram kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu minyak masak
3 tangkai cili padi
2 batang serai
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan hirisan hingga kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  3. Masukkan air rebusan ikan dan biarkan mendidih.
  4. Perlahankan api, kemudian masukkan isi ikan, cili padi dan serai.
  5. Masukkan garam secukup rasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...