Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, July 6, 2011

SAMBAL TUMIS TEMPE

  • Saiz hidangan untuk 5 orang

BAHAN-BAHAN:

3 bungkus tempe - dipotong kecil dan goreng
3 biji ubi kentang - potong kecil dan goreng
200 gram ikan bilis - siap digoreng
100 gram kacang goreng - siap digoreng
6 sudu kecil cili kering
15 biji bawang kecil - kisar
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang kecil yang telah dikisar dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan cili kering kisar. Biar masak seketika dan hilang bau pijar cili kering.
  3. Lalu, masukkan tempe, ubi kentang, ikan bilis, kacang goreng dan kacau rata sehingga kering.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...