Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, July 21, 2011

Lebih Pintar Dengan Jalan Kaki

Kajian Universiti du Quebec a Tros-Rivieres, Sepanyol, mendapati anak perempuan yang berjalan kaki ke sekolah cenderung untuk memperoleh markah yang tinggi dalam ujian lisan dan peperiksaan matematik.

Ketua Penyelidik, Dr. Francois Trudeau, menjelaskan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan berbasikal memberi efek positif dengan meningkatkan peredaran darah ke otak. Efek positif itu merangsang fungsi otak untuk berfikir, meningkatkan daya konsentrasi dan daya ingatan dengan lebih baik.
Penyelidikan serupa turut dilakukan oleh National Research Council di Madrid, Sepanyol bagi mengenal pasti kebaikan aktiviti fizikal terhadap anak. Menggunakan 1,700 remaja yang menggunakan pelbagai kaedah untuk ke sekolah, kajian itu mendapati remaja yang berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah secara rutin mendapat keputusan yang baik dalam ujian berbanding remaja lain.

Bagaimanapun, efek positif itu hanya diperoleh oleh remaja perempuan dan tidak berkesan ke atas anak lelaki.

(Sumber: Majalah Harmoni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...