Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, July 7, 2011

Efek Kesegaran Daun Pudina

Daun pudina memiliki rasa yang begitu segar. Efek kesegaran daun pudina boleh dinikmati menerusi penggunaan ubat gigi sehari-hari. Kesegaran daun pudina bukan sekadar rasa namun ia juga efektif dalam merawat aneka jenis penyakit.


Dengan sifatnya yang antiseptik, antivirus dan antiparasit, pengambilan daun pudina boleh merangsang pengeluaran peluh, meredakan kekejangan otot, merawat cirit-birit, melegakan demam selesema dan menghilangkan rasa loya. Daun pudina turut dijadikan ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

Selain itu, daun pudina juga mampu memberi kesegaran nafas, mencairkan kahak dan asma. Malah kesegaran yang dimiliki daun pudina menjadikan ia sebagai ramuan utama gula-gula, gula-gula getah, ubat kumur dan sesetengah produk selesema.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...