Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, July 11, 2011

DAGING HITAM MANIS

  • Saiz hidangan untuk 5 orang

BAHAN-BAHAN:

300 gram daging
70 gram bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
20 gram cili kering - dikisar
2 cm halia - dikisar
1 biji bawang besar
2 tangkai cili hijau
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 gram kulit kayu manis
120 ml minyak masak
120 ml kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi. Kemudian masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  2. Lalu masukkan pula daging dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan biarkan sehingga daging empuk.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...