Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, July 17, 2011

AYAM KATUK & SAMBAL TERASI


BAHAN-BAHAN:

Seekor ayam - dibersihkan dan dibahagi empat
2 biji telur - dipukul terlebih dahulu
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan kuali yang berisi minyak.
  2. Sapu ayam dengan lada hitam, telur dan garam. Biarkan seketika.
  3. Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng hingga masak.
  4. Setelah masak, angkat ayam dan toskan minyak.
  5. Ketuk ayam dengan penukul besi.
  6. Sesuai dihidang dengan sambal terasi atau sambal belacan yang pedas.
BAHAN UNTUK SAMBAL TERASI:

200 gram cili merah
200 gram bawang merah
Sedikit gula merah
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Tumbuk semua bahan-bahan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan dan kacau sehingga garing atau masak.
  4. Sedia dihidangkan.

(Sumber: Majalah Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...