Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, June 21, 2011

WANGI PANDAN halau lipas

  • Daun pandan biasanya digunakan sebagai pewarna dan perasa.
  • Ia memiliki bau yang harum dan unik dan biasanya digunakan untuk menyedapkan masakan.
  • Daunnya akan diikat atau disimpul dan dimasukkan ke dalam kuah atau makanan yang sedang dimasak.
  • Daunnya juga boleh ditumbuk, dikoyak atau direbus untuk mendapatkan rasa dan baunya.
  • Daun pandan juga boleh dikisar dan kemudiannya dijadikan sebagai pewarna yang digunakan di dalam masakan.
  • Keseluruhan daun pandan boleh dijadikan pembalut ayam atau daging sebelum ia dibakar atau dipanggang.
  • Selain digunakan dalam masakan, terdapat pelbagai kebaikan lain yang boleh diberikan oleh daun pandan.
  • Daun pandan amat berguna untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.
  • Daun pandan amat berguna untuk menyembuhkan pelbagai luka, kusta dan penyakit cacar.
  • Daun pandan juga berguna untuk dijadikan sebagai pelega kesakitan dan digunakan untuk menyembuhkan sakit dada, sakit kepala, arthritis, sakit telinga dan sebagainya.
  • Daun pandan juga merupakan penjulap sihat untuk kanak-kanak.
  • Jika daun pandan dikunyah, cara ini dikatakan mampu menghilangkan sakit gusi.
  • Daun pandan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan kejang pada perut.
  • Ia juga dikatakan berkesan sebagai bahan penyembuh kepada wanita yang lemah selepas melahirkan bayi.
  • Bunga pandan pula mampu merangsang keinginan seksual jika dimakan.
  • Selain digunakan secara sendirian, daun pandan yang telah dicampurkan dengan herba lain juga dikatakan berkhasiat untuk merawat masalah kesihatan lain.
  • Antaranya ialah untuk menghitamkan rambut, menghilangkan kelemumur dan sebagai ubat pencegah lipas.
  • Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan pandan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...